Quantcast
Channel: Lurve Nuqman's
Viewing all 425 articles
Browse latest View live

Lagu Untuk Cinta Hati

$
0
0


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh










Mak masuk Hospital

$
0
0

salam semua...

minggu ni mencungap sikit...
sabtu pukul 3am adik aku call kata mak kena masuk wad. muka mak dah bengkak2 bacaan kencing manis cecah 22. hoih tinggi nye.. mengucap panjang aku.
kaka aku tgh uruskan registration. tak boleh pakai nama adik sebab HRMIS tak update lagi.
aku punye update tak??

Alhamdulillah nasib baikla update. tinggal bagi no IC aje.
kalo tak update leceh la sikit kena amek GL bagai.
so pakai nama aku tros.

kakak aku cakap mak aku menggigil2  demam. sampai meracau bagai. risaula kitorang. tetiba aje.
lepas bagi ubatsume Alhamdulillah semakin ok.

Ahad sampai sampai la arini kitorang ikut shift tukar2 giliran teman mak.
sebab tu wad pompuan.. maka kitorang 5 beradik pompuan jela teman.
tu pon adik kena skip sebab anak die baru nak masuk 4 bulan. nyusu badan & tak penah tinggal lagi.
ok jadi 4 orang aje. tu pon Lisa belajar. time cuti jela tak balik asrama baru teman.

aku amek sebelah petang. pukul 7.30pm smpai pkl 12 tgh malam. tunggu kak cik pulak tido ngan mak. sebab rumah dia dekat. dia dtg tengah2 malam tu then esoknya tunggu along sampai ganti. waktu melawak 4.30-7.30 tu baru adik bleh masuk sebab waktu melawat je bleh bawak bby. lepas waktu melawat aku plak sambung sebab aku la plg jauh dari putrajaya nak ke sana. selalu lepas adeeb abeh ngaji tros gerak.

memang letih la jugak.. tapi tula sorang mak aku... so kuatkan semangat la.

gambar berterabur dalam ni.. tapi xde apa yang menarik pon... korang tengok jela kan?? hahahaa

Alhamdulillah mak da makin pulih. tapi doc tak bagi balik sebab nak uji lagi. buah pinggang mak masih bengkak tapi tak tau punca. skang tengah bagi antibiotik dan pantau dia tengok ada perubahan ke tak.

ni aku la ni semalam teman mak.. mak dok borak ngan uwan kat katil sebelah tu.. cerita pasal sakitorang tua ni la.. uwan tu gula rendah. sampai pitam2.. orang normal 5 - 10. uwan tu 3-3 aje. macammane la tak pening. mak pulak gula 10 - 15. haih...
meha wan amek gula mak sikit. kasi seimbang. hahahaha

mak borak2 aku lak baring atas katil. lantakkan... aku da sakit pinggang ngan ngantok..

ni malam bile ntah.. mak tak larat so takmo borak sgt ngan aku. dia tido aje. aku pon takmo kaco.
dah ku keboringan masuk grup geng kopi karok main sambung lirik lagu sampai tengah malam. hahahha pasrah aje budak2 ni melayan aku yang mereng

tuan belog kenala selpie biarpon dah mengantok dan sangap keboringan. 

masa ni best... mak jadi cargasss... ada kawan dia tetiba datang melawat. huyaiii teros duduk borak2 takmo baring dah. mekaceh makcik buat mak hepi..


ni petang semalam adik datang bawak anak dia. mak dok borak.. si kenit ni la amek alih katil. kemain lagi ko ye?? cubit kanggggg



ni bile ha???
mak ok sikit dah dan kitorang beramai2 di sini..
baju belang2 tu aling.. tudung oren tu lisa. hat lelaki tu abah..
belakang Nuqmans tu perempuan cantikkkk


tu aje kali ni..
tengah tunggu balik koje ni nak shoot pi spital lagi. arini shift malam lagi. hehehee

aku nak tuka mak pi putrajaya tapi diorang tak bagi nanti susah nak bergilir2 adik bradik.
okla takpe.. aku korban.. aku sorang je ulang alik.

tapi.. sampai mak kene opret.. aku trs tuka sini.
sane tak sesuai kot.. tak selesa.

1 partition tu patutnya ada 4 katil aje. tapi sebab terlalu ramai diorang letak 6 katil dah skang. jarak antara katil hanya 1biji kerusi plastik kat tengah2.. then aku mintak tukar kelas 1 tapi xde atil kosong la pulak.. ramai lagi yang dok que. hurmm takpola gitu. bertabah jela.. tapi aku rimasss... dari tak demam pon bleh demam.. orang bersin sebelah bahu aje. huwaaaaaa

sebab tu.. kena opret aku pindahkan. jangak dok situ.. makin melarat pulak kang...


Bila Pengguna Berbicara : Caraku TTC minum HKCC kopi mengandung & cara elak kaki cramp masa mengandung!

$
0
0
14/10/2014
26 minggu
Trimester 2
98 hari lagi sebelum EDD 20 Januari 2015
318 days happily married

Selepas entry Period tak teratur pun boleh mengandung + 10 amalan TTC ku,ramai yg WhatsApp/msg tanya pasal kopi HKCC yang aku minum dan ude-bak minum CCFM.

ada tanya penting ke kopi tu, ada cakap tak biasa minum kopi takut pening, ada kata tak minum tak boleh ke kopi tu, dan ada jugak terus order ingatkan aku jual... 


tak...tak... aku tak jual, kalau nak beli buleh direct contact Puan Umie  016-6603741 atau ke http://nuqmanscollection.blogspot.com/


Sebab ramai jugak dok tanya kan, meh aku terus kat sini aku bagi LIVING PROOF testimoni kesan minum HKCC, CCFM dan SKBP semasa proses TTC dan sepanjang mengandung... 



SKBP + CCFM


1. Hilangkan masalah PCOS, period tak tetap & senggugut

Ok memula pasal kes period tak tetap aku tu, kan aku cuba repair dgn mnum HKCC ni jugak, bila minum HKCC, period jadi elok cantik je... Alhamdulillah habis kotak ke -3, dgn izin Allah, aku pun mengandung.


    Bagi aku, HKCC ni betul-betul repair kesuburan. Kes ni terbukti bila kakak aku sorang ni ada gak masalah PCOS, siap period style suka datang banyak hari, bayangkan la ek..


        bila aku kenalkan HKCC, dia start minum HKCC dua peket, macam biasalah aku dlu pun lps minum HKCC jer, period dah takde senggugut tapi keluar ketul-ketul..


 tapi kakak aku ni, pas minum HKCC, period jadi takmo stop pulak! asey, lpas consult dgn Puan Umie yg aku beli hkcc tu, katanya tu proses nak cuci period2 yang tertinggal kat dalam tu, aku pun fikir macamtu sbb memula aku period lps minum HKCC tu, period datang ketul2, 


       tapi sbb dia dok risau, Puan Umie pun suh stop pengambilan kalau risau memudaratkan sbb mungkin tak rasi kan..... 


    pastu kakak aku ni dia pun pegi la check ngn pakar kat hosp pantai bangsar, siap warded la sbb doctor nak amik tisu kat dalam tu nak check masalah dia, sblm ni banyak hosp dah dia pegi, tapi doc xdpt kesan ape masalahnye kan. 


   lpas dia warded tu, doc pun cakap la psal salur darah dia besar, pastu telur pun tak brapa nak cantik, telur tak membesar dgn elok akhirnya luruh jadi PCOS! doc siap suh dia stop minum kopi..


    okla kakak aku pun stop HKCC, siap pergi berurut pulak, makcik urut cakap peranakan dia jatuh (sebenarnya  retroverted uterus).


     tapiiii yang degilnya pulak, walaupun doktor tak bagi minum kopi kan, dia degil, DIA MINUM JUGAK HKCC tu.....


       gud news nya, bila dia recheckup dgn doktor (selepas sambung minum HKCC), doktor cakap bulan tu telurnya elok cantik.. 


      Alhamdulillah...dgn izin Allah, asbab HKCC masalah PCOS dia elok, pastu bila stok HKCC dia habis, dia stop2 pulak.. pastu period dia kembali gila, terus mintak stok kat aku sbb dia tau aku suka beli banyak2 wat stok untuk minum masa ngandung ni... 


     siap cakap "aku nak la HKCC tu, period dah jadi gila balik dah...." hahahaa... tula, benda dah elok2 baru start nak skip2 plak kan... :)



2. Bukan musuh kepada caffien intolerance!

Fikir2 balik memula dlu sblm nak beli mmg aku teragak-agakkkk sangat, sbbnya satu je, aku ni mmg tak buleh minum kafien, teh tarik ke, kopi ke, mst akan berdebar2, xleh tido malam, pening kepala, migrain semua lengkap. mmg aku ada caffeine intolerance


     tapi magicnya dgn HKCC ni takde smua masalah tu kat aku , memula ingat nak beli trial pek. pastu aku branikan jela beli 3 kotak terus cod kat putrajaya.. 


    SEDAP woi! 1st time aku minum kopi sampai habis, biasanya sehirup je kopi ude-bak beli pastu jadi 'gila' sendiri sbb pening kepala.



3. Migrain aku dah takde atau bleh kata hilang! 

biasanya hari2 akan rasa migrain sampai perit urat mata, tambah2 lagi kalau drive tgh panas, pergh lagi la menjadi2, tapi aku prasan pas minum HKCC ni migrain aku hilang! 


   tapi bila ngandung awal2 tak digalakkan minum HKCC ni sbb kan ada kandungan herba, bila dah lepas 4 bulan leh la minum balik speket tapi selang 3 hari.. 



    aku masuk je 5 bln lebih, leh kata hari2 atau selang sehari minum je HKCC ni, sbb membantu hilangkan migrain ngn bagi tenaga, dah macam ketagih u noe.. haha


4. Tumit kaki yang kasor2 tu jadi bersih, takde merekah2 bagai dah! 

    ni memula ude-bak yang prasan kat kaki dia lpas dia minum CCFM.  Sebelum ni, tumit kaki dia sebelah mmg ada problem menggelupas, ttbe pas dia minum CCFM baru  sminggu camtu dia msg bagitahu tapak kaki yang menggelupas tu abeh bersih licin!


     aku trus tgk tapak kaki aku plak. eh eh hak aa la., licinnnnnn takde kasor2 tu, kolagen kannn. harussslaaaaa repair2 dari dalam..... tak payah nak sapu2 minyak ke pegi bersih2 kan kaki ke kannnn.. senang kojo den!


5. Mengandung, yang ni membantu part repair kesuburan 
    
     tak semestinya period korang tetap, telur kat dalam tu size nya elok dan membesar dgn cantik kan? 
    

   kat dalam kita tak tahu cemana, so ikhtiar aku utk repair period memulanya, alhamdulillah bonus mengandung, asbab HKCC, telur cantik, sesuaila utk TTC semua



4. KENYANG!  

magic2yang aku dpt jugak bila minum HKCC, kalau kat opis tak sempat nak gi bekpes sbb kalut nk siapkan keje kan, aku mnum HKCC ni sgelas bancuh panas2, hilang ngantuk...


     mmg bertahan sampai tengah hari, kadang2 sampai kul 2 petang baru start lapar. mmg sesuai buat diet, stakat ni kesan diet yang drastik kat aku takdelah, sbb aku mmg bukan minum utk diet kan... kalau browse testimoni HKCC ada yang dah kurus sbb minum HKCC ni..




5. TENAGA! 

 100% aku percaya leh jadi energy-pack! sbb sangat terbukti kat aku. Kalau to-do-list aku utk esok mmg pack dari pagi sampai malam. mmg aku plan sesiap dah bangun je pagi nak bekpes HKCC, utk spare tenaga sepanjang hari.



1st try utk yg buat aku sangat percaya HKCC-CCFM-jadi energy-pack ni, masa ude-bak ajak pegi Honda Day kat Sepang baru ni, 

bayangkan uda bak set masa bangun jam 0445h sbb nak kumpul kat rnr sri kembangan tu jam 0600h. dok ngandung2 ni aku pikir la ada ke tenaga, larat ke nak stay sampai malam aktiviti haritu kan.. 

ok2 , siap je sblm gerak, aku bancuhkan ude-bak CCFM, aku minum HKCC dalam keta... kesannya, tak ngantuk satu hal, aku ngn ude-bak takde rasa penat, lebih kurang jam 2200h macamtu baru la start ngantuk2 sket, rest dalam keta, pastu sambung club-parade plak kat SIC , jam 0200h esoknya camtu baru sampai umah balik! 


ha amekaw, energy mmg tinggi lah lpas minum HKCC ni... ude-bak siap puji "bagusla u ngandung2 pun tak komplen penat dari pagi sampai ke tgh pagi....


aku cakap aa terus, ha tu la minum HKCC ngn CCFM kan pagi tadi....


Kali kedua plak test HKCC-CCFM sebagai energy-pack ni masa jadual kitorang fullday baru-baru ni, 


pagi kul 0900h pegi shah alam ada kenduri, pastu pegi kg msia tambahan amik dmax, lpastu balik setiawangsa hantar honda, pastu dari setiawangsa pegi sg pelek, sepang amik stok jualan kerepek, teruskan pegi sunway plak amik barang keta, pastu balik setiawangsa loading kerepek, pastu pegi kg msia hantar dmax, pastu kul 2300h macamtu baruuu sampai setiawangsa balik! 


awal2 sblm kua umah aku bancuh HKCC ngn CCFM sbb nak spare tenaga, TERBUKTI, mmg haritu tak rasa penat yang sampai nak ngamuk, bila ngenangkan jarak tempat yg pegi haritu mmg boleh pengsan gamaknya


Susu kambing SKBP pulak, aku start minum ni pun sbb takleh nak minum susu tepung ibu ngandung tu. lepas  google2 ramai suggest susu kambing..



 aku lak ada la beli susu kambing yang fresh, adoi tak buleh minum gak sbb dia punya bau, tapiii dgn SKBP ni , nak minum senang je sbb takde bau, rasa pun takde, minum sejuk2 pepagi, shake je dalam bekas, minum sebelum pegi keje. SETEL!



    Alhamdulillah, stakat ni takde kaki cramp macam memula dlu aku tak minum susu atau makan pil kalsium , kaki mmg cramp abes, nak jalan pun sakit yang amat.


      bila start minum SKBP ni takde dah malam2 rasa kejang kaki, simpul biawak ape smua tu.. 



      so bagi sesapa cari susu, takpayah la minum susu lembu tu lagi, meh tukar minum susu kambeng plak....




Kalau nak tau lebih lanjut pasal HKCC, CCFM, SKBP nih, leh terus contact ngan Puan Umie  016-6603741 ni ok. consult je ngan dia psl minuman magic nih!

p/s: Dpt berita gembira hari ni, kawan aku bln lepas dia follow amalan TTC yang aku share tu kan,

ehem, hari ni dia test UPT dah POSITIF! Alhamdulillah rezeki Allah bagi.. aku pengantara je tunjukkan cara yang aku buat berjaya, dia buat berjaya, jom reramai follow insyaAllah berjaya gak...



Mak,
1700h
kopipes dari : SUMBER
thanks Sarah! semoga dipermudahkan segala urusan.
InshaAllah..

Omak Den

$
0
0

salam jumaat Alls...

eh da nak balik koje dah pon. hahahahha 
Alhamdulillah mak dah keluar hospital sabtu lepas.
tapi mak memang lemah aje. banyak duduk tido baring..
bangun makan2 borak2 tengok orang jap pahtu pi baring then lelap.

tak aktif macam dulu,
alahaiii

doktor cina spital tu cakap..

"makcik.. ini warning sign dari your body ya... bacaan buah pinggang sudah 200.
selalu yang kena dialisis tu bacaan dalam 400.
u sudah half danger ma... "

mase tu barula nampak mak dah cuak.
pahtu aku tambah2 lagi takutkan mak..

"mak,, ajim cite kan.. ayah dia dulu (arwah ayah ajim dulu sakit buah pinggang kena dialisis)
seminggu 3 kali dialisis. 1st day aje sehatnye pahtu day 2 -3 makin lemah sebab toksin sume kumpul dalam badan. tunggu pi dialisis barulaaa sehat balik. sekali cuci darah kena 4-6jam. tangan sume bekas tebuk2 jarum bengkak2. yela sekali buat kena cucuk 2 jarum sekali. pahtu seminggu 3 kali, parut lama tak baik lagi tambah pulak yang baru.
ada sekali tu masa cuci jarum tercabut abeh melimpah darah. ayah dia kena masuk sepital pulak, dah lembik darah tak cukup. kena amek darah orang. tah sape2 punye darah masuk tu.."

senyap aje mak aku dengar.
aku tak tipu la.. tu pengalaman betul ajim cerita. dulu ajim jaga ayah dia 3 tahun sampai benti koje.

aku takutkan mak aku tu sebab aku tau die punya insap tu kejap aje. sok2 badan rasa sehat sikit sume ditibainye... macam aku la tu..

"mak jangan makan ubat tablet2 lagi ye.. esp panadol. sila tinggalkan... tu la buat buah pinggang mak rosak.. pahtu makan jaga la mak jangan main hentam aje. nanti mak jugak yang sakit. kitorang boleh tolak anta pi spital aje. mak yang kena tanggung sakit. badan mak tak kuat.."

 mak angguk2 aje..

ala sian la pulakkk
mak aku ni kan, pantang rasa pening, pantang seram sejuk rasa nak demam pantang rasa tak larat dibantainya panadol actifast tu. seminggu sebelum masuk wad dia dah demam. so makan aktifast tu 4 jam sekali. huuyaiii ko bayangkan seminggu tu habis sekotak Actifast tu.. bukan sepapan. tergezut haku. orang tua kan.. dengar sakit sikit panadol ape2 panadol. alahaiiii
last kena masuk wad tu sebab muka kaki tangan sume dah sembap, dah bengkak. buah pinggang mak bengkak. maunye tak?? sekotak panadol nak hadam???


sebab tu la aku takut-takutkan dia.. biar dia takut kena dialisis. jaga sikit makan dan elakkan ubat2 tablet tu.

mak.. umi doakan mak sehat ya...
umi sayang mak tau!!



amin...

Afiq Nuqman ber toilet train

$
0
0

asal jumaat petang aje.. aku apdet blog.. asal apdet blog aje.. dah jumaat petang.
sapela yang nak tengok ntah..

hahahahaha

nak buat guane... I bizi la U, mahapla yeeee
jumaat petang ajela freenye pon...

arini macam nak cite panjang2 tapi dah nak balik.
baik aku balik aje kan??

kahkahkahhh

arini nak cite sikit pasal budak debab ni..
18 hb aritu besday dia. dah masuk 4 tahun dah...

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 4 anak ibu Muhammad Afiq Nuqmans yang tersayang.

semoga Allah panjangkan umur Afiq, dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup, dikurniakan segala kehendak, dipermudahkan segala urusan, berjaya dalam dunia dan akhirat. membesar sebagai pejuang Islam dan pahlawan yang menarik ibu ke syurga nanti..
InshaAllah...


mana-mana ibu pon nak anak membesar sebagai orang yang soleh kan??
semua nak segala yang terbaik buat anak.
kita sebagai mak kenalah doa yang baik-baik buat anak...

itula istimewanya doa seorang ibu.. sangat berkat untuk anak,

dah umo 4 tahun ni Alhamdulillah Afiq dah tunjuk perkembangan positif..
makin menunjukkan minat nak berceloteh dan membebel.
pandai tiru-tiru orang bercakap.

so kami yang memang serumah ngan dia ni layankan aje bagi dia lagi mahir bercakap.
walaupun kadang-kadang keluar bahasa hujung-hujung aje, kadang-kadang keluar bahasa jerman tak tahu punca. hahahah memang lawak la Afiq neh.

perkembangan dia sekarang ni sama macam budak baru nak masuk 3 tahun.
punye la lambat.. tapi takpela.. pelan2.. asalkan berkembang.
risau aku dia tak bercakap sampai ke tua.
nangessss

Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.

walaupon tak bercakap, ko suruh apa semua dia paham tau..
dia tau apa ko buat. dia boleh tiru. haa jangan memain!!

tahun depan aku daftarkan dia masuk pre school tahfiz kat tempat Adeeb.
duit booking dah bayar.
takpela tak pandai cakap pon.. aku nak dia familiar dengan ayat2 mengaji tu. 
sok2 tetibe boleh bercakap dah terror baca Quran. tak ke best??

so tahun depan... trip aku..
7.30 adeeb darjah 1.
8.00 afiq preschool.
masuk keje 8.30
rehat pukul 1 Amek Adeeb balik tuka baju. 
sebelum pukul 2 anta adeeb pi tahfiz bagi makan ngan mandikan Afiq sekali.
5.30 balik keje amek afiq habis preschool.
6.30 adeeb abes transit.

perghh penat..
situ mungkin ade makan untuk budak. tapi takde mandikan or tuka pempes. tapi disediakan toilet & shower. budak2 pakai pempes kena ajar berak pagi2. tengahari parents datang tukakan pempes dan mandi. 

aku masih berusaha keras nak toilet train Afiq.
susah jugak sebab dia tak bercakap.
tapi 2-3 hari ni Alhamdulillah....

buuu.. yakkk *tunjuk bontot*
ok jommmm... cepat2 bawak pi jamban, dudukkan dan bagi dia berak.
Alhamdulillah, berjaya disiplinkan perut dia berak seawal 7.15pagi setiap hari.
kat taska dia tak berak dah.

petang pukul 6.30 balik rumah kadang-kadang dia berak kadang-kadang tak berak.
lagi 2 bulan aje neh...
kena blaja lagiii..

big problem jugak...
aku aja dia basuh bontot. dia tak sampai.
cuit-cuit sikit2 aje.
tapi dia dah tau amek sabun then gosok kat bontot.

huwaaa dugaannyee...

Ibu doakan Afiq akan terror pi toilet pahni.
wiken ni takmo pi mane-mane.

toilet train course kat rumah selama 2 hari.

semoga Allah permudahkan untuk anak aku yang sangat terang hati sorang neh..

caiyookk!!

***HKCC the Crazy Coffee****

yang nak iktiar Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah, rezeki Allah siapa tahu..

RM150 trial set untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.

salah satu contoh kehamilan yang Allah izinkan..



boleh whatsapp / telegram ya!





Sukan Sekolah

$
0
0

arini Ajim da start keje baru.
sobss...

haha gedik tu pon nak sedih.
eh bukan sedih dia pi keje.
sedihla skang wajib tengahari keluar amek Adeeb balik sekolah pukul 12 bagi dia makan mandi then anta pi tahfiz.

no more tido tengahari bawah meja.
iskkkk

Sabtu lepas ada hari sukan Tabika Adeeb. kena pergi nih... tahun ni last tabika.
so semangat lepas subuh dah siap2 nak turun. sume kasut Adeeb dah sempit. maka sukan pakai kasut raya ajela.

aku malas nak edit2 gambar. tak sempat japgi nak pi meeting. so aku buat watermark aje pahtu lambakkan kt sini. 


ni besfren aku kat Komuniti tu.. Ct nama dia.
anak dia Mukhriz baru 4 tahun tapi geng ngan Adeeb. ngan Afiq die tak geng sebab Afiq mcm baby lagi. Mukhriz dah membebel2 macam org beso dah.
nak pi umah die senang aje.. naik tingkat 6 tros sampai. hehehee

sukaneneka Ibu ngan Ayah pon kena join. tapi aku xleh join sebab nanti kena lari sambil dukung Afiq. so Ayah la join. dia demam sebenonye.. tapi sporting la sebab semua yang kat situ jiran2 kitorang jugak. ramai kengkawan join
ni main sepit kacang guna chopstik.

haa larii jangan tak lari

penyokong setia ibu neh... amek air kat tepi pon die sokong. lepak tepi padang pon dia sokong.

Adeeb masuk leret bola guna gelung.
yeayy dapat no 1.

Ayah ngan Afiq sapot kat tepi. ibu tunggu kat hujung.
kena leret samapi hujung pahtu patah balik.
bila tengok Adeeb paling laju akula yang terlebih esaited sama2 lari kat sebelah dia.
kemain over pompuan gemok neh

kami penyokong setia!!! 

acara ni best... untuk ibubapa..
main campak2 belon berisi air kat orang belakang.
kemain banyak pecah. abeh mak bapak basah kuyup.
nasib baik la rumah masing2 kat blok atas tu aje. tak payah naik kereta bagai.
  
Ajim takpat join masa ni kepala dia dah berdenyut sangat, 

patutnya ada 1 lagi acara Ajim ngan Adeeb kena join sama2. main lari pas skipping.
tapi ajim dah demam takpatla join.

skang masa untuk amek hadiah.



tetu=iba penyokong setia duduk skali ngan peserta2.


bila sume orang dapat hadiah dia dah tunjuk muka stress.
ngaaaa

mula2 semua budak2 dapat saguhati. hadiahnya tabung.
pahtu baru sape yang menang aje dapat hadiah.


yeayy Adeeb dapat tabung ngan tipuware,...
Afiq pon seronok la dapat 1 hadiah.

okeh tu aje..
pahtu masing2 naik tido terbongkang sampai ke petang tunggu nenek sampai nak pi jalan kat pameran pulakk.



Yaww!!!

korang pegila pameran PIIACUF tu...
kat presit 3.
ada sampai hujung minggu ni. 

macam2 info pasal islam kat situ.. pameran bku2 islamic pon ade.
nanti aku share lagi. 

Aku dengan duit HKCC??

$
0
0

bab duit memang sensitip kat semua orang.
tambah-tambah macam-macam kenaikan zaman sekarang ni.
aku dah rasa dulu. sekarang tempias tetap ada tapi tak sesak napas macam dulu.

tahun 2011 masa lepas cerai, gaji aku potong 60% dah..
nafkah memang tak penah nak dapat. so tak guna nak harap. pendapatan sampingan takde tapi belanja besar sangat. Anak aku 2 orang. kereta kena pakai jugak. nak bawak anak kehulu kehilir tu jela transport ada. aku bercerai dengan jumlah hutang yang boleh beli rumah semi D 2 tingkat kat selangor. cuba korang kira?? dan status aku adelah blacklist.

Gaji Vs Belanja

Aku seorang penolong pegawai tadbir gred N27. payslip aku lepas tolak semua bersih dalam 950.
 tu semua dah tolak loan, tolak kereta, rumah dah tu. Alhamdulillah..

tapi belum bayar...
taska 2 orang 600
susu pampers 500
minyak kereta 300 paling kurang
makan dan belanja aku anak beranak 300 lebih kurang

mane nak cari duit??

dapat gaji je yang wajib tentula taska dulu... orang takmo jaga anak aku kang...
susu pampers ni selalu bercatu la... aku akan berkira sebaik mungkin nak mencukupkan ke hujung bulan. time gaji beli 1 pek je mampu.. untuk tahan 2 minggu. bekalan seterusnya selalunya aku pinjam duit mak ngan adik beradik.

aku pilih taska paling murah tau. aku siap tanya kalau masukkan 2 beradik berapa RM? ade diskaun tak? kalau balik lambat berapa OT sejam kena bayar??? semua tu masuk dalam kira-kira. nak masuk sekolah best? smart reader ke hape untuk diorang? no.. aku tak mampu.
apa-apa yang melibatkan duit memang aku kira sehabisnya.

saving memang takde. zero! mana ada duit syiling sume aku korek. kalau tiba-tiba jumpa rm10 hati aku ni dah pasang bunga api keseronokan.

makan jarang. selalunya kat opis tak makan. kalau orang belanja, ada jamuan, ada majlis bacaan yassin.. memang syukur sangat-sangat sebab ada makanan. bila ade lebih aku tapau bawak balik. kalau takde petang2 lepas balik taska pi tapau nasik goreng cina sebungkus. tu je yang murah masa tu. RM3.50 share 2 orang ngan Adeeb. bagi Adeeb makan dulu, dia dah taknak baru aku makan. 

sedap?? memangla sedap. RM3.50 ade ayam sayur udang sotong bagai.. dapat pulak sup kosong. tak ke syukur? sangat okeh.. sangat syukur menu aku saban hari saban minggu berbulan lamanya. mujur la aku ni jenis tak kesah kalau ngadap menu sama stiap hari. Rezeki aku kerja dekat dengan family. Hari jumaat mak call suruh balik sepang tolong kat kedai.. nanti ahad malam mak bagi duit minyak RM50. rahmatnyaa duit mak bagi.... patutnya aku la yang bagi mak. terbalik dah. siap bagi Nuqmans sorang RM10 lagi...

Erti Duit sangat bermakna

minyak kereta memang aku isi paling banyak RM30 aje.. takut tetiba anak demam ke ape takde duit plak. tak berani pi mana-mana hatta melencong 100meter pon aku taknak. semua aku kira... setiap kilometer... otak ligat aje mencari jalan dekat. paling dekat paling singkat. taknak jauh2. malam pulak taknak keluar. taknak singgah mana-mana bila bawak anak nanti enjin kena hidupkan.  semuanya sebab nak jimat minyak. nasib baik pakai saga BLM aje. banyak jasa kereta tu kat aku. minyak pon tak membebankan... bila balik sepang tinggal tambah RM10 aje. Ahad mak bagi duit topup balik RM30. RM20 pulak rotate beli nasik goreng cina 4 hari dengan kot2 nak beli apa2 pulak.

dekat opis ada kena bayar duit kelab. duit ahli ape ntah... seminggu RM6. korang bayangkan aku tak ikhlas nak bayar?? sampaikan bertunggak dekat setahun tak bayar. dalam otak berzikir takde duit. takde duit. 

setiap kali gaji... pinjam duit mak.. pinjam duit adik beradik.
bayarnye tidak..

aku penah pinjam duit adik RM100. nak bayar ape ntah.. dia transfer masuk akaun aku. pagi tranfer.. petang balik keje nak cucuk duit dah takde. rupanya mebeng tolak katanya duit insuran. padahal dah bertahun tak de insuran ngan mebeng dah. aku call mebeng dengan maki hamun menangis2 tau..  sebab orang tu cakap akan refund balik dalam masa 14 hari. aku perlu sangat duit tu.. aku nak sekarang.. bukan lagi 2 minggu! gila berharganya RM100 tu kat aku. sambil call sambil nangis sambil mengigil2 kemarahan sume ada.

dulu ada rantai. satu2nya rantai lepas kawen. aku pi gadai dapat Rm750 kat bank rakyat sebab nak pindah masuk kuarters. sampai ke sudah tak mampu nak ambil. duit simpan bukan mahal sangat. Rm60 aje kalo tak silap. tu pon tak terbayar. lepas tu burn. pahtu bank rakyat kol aku cakap diorang jual rantai tu.. rm750 serta caj simpan diorang dah amek. so ada lebih dalam Rm230 nak pulangkan kat aku. bayangkan kemainla aku nanges terharu nak dapat duit tu sebab dalam tangan tinggal RM3 aje susu pempes suma abeh. minyak kereta nak kering dah. takde penyesalan rantai tu burn okeh. duit tu anugerah kat aku...


air mata masa tu jangan cakapla.. kemain murah... kot la ada tempat jual airmata kan?? aku la dulu pi beratur jual kot. mengadu domba ngan Allah jela. depan orang aku tak nanges. takut orang mengata aku janda gedik. hidup harap simpati orang. Nauzubillah..

Inisiatif.

macam-macam aku cuba jual.
jual baju.. jual baulu kat opis.. masuk MLM la.. jual dadih la..  makanan frozen la ape la..
semua niatnya nak tambah duit. dari muka tebal dah tak tebal dah menipis.. duit punye pasal ape pon boleh. ada peluang dapat 50 sen 1 barang pon aku try jual. barangberat2 kemain besar jual banyak2 dapat RM10 pon dah rahmat kat aku. Body je aku tak sanggup jual. takut azab Allah.. kang elok dah susah dapat AIDS pulak.

ha.. sampai ke situ aku fikir tau.... 
orang tengah susah ni... tukang pujuk utama adalah syaitan. kuat dan jelas bisikannya... suruh ikut jalan salah.

Dugaan
  
aku tengah susah tu la rumah kena pecah ngan ex laki aku. kereta pon dia pecahkan. seminggu aku pi keje dengan kereta cermin depan retak seribu side mirror kiri kanan takde. ko boleh?? 
kat opis pon mamat tu kacau. adeeb dia bawak lari. oi nasib baik ade afiq depan mata.  afiq baru nak masuk 6bulan. seb baik aku tak meroyan. kalau takde Afiq memang aku gila dah. Kalau membunuh tu halal korang akan dengar aku membunuh dah.

kena apply kuarters lain pulak dah sebab rumah tu tak selamat kat aku. mintak tolong pihak atasan. tunjuk semua report polis aku dah nak setebal buku scrap dah. pinjam duit lagi nak pindah kuarters. lepas pindah kuarters pulak carik jalan amek Adeeb balik kat kelantan.

time sesak-sesak tu la Afiq pulak kena eczema. 
berhabih duit lagi... buat loan kat koperasi.. nak loan dengan bank tak boleh sebab aku blacklist. aku overlap apa yang boleh. nak rawat anak.. nak bayar hutang.. settle kereta.. buat permulaan bisnes sikit. buat modal jugak amek maid sebab taska takmo jaga Afiq. yela camne nak jaga dia tak sehat.. nak jaga anak orang lain lagi.. mula2 anta kat family angkat kat melaka. nasib baik ada nenek ngan atuk angkat yang sayang anak aku macam cucu sendiri. tapi kemain lak jauhnya aku nak berulang. ya Allah... tak tahan malam-malam tido sorang anak jauh..  tu yang amek maid tu.

masa ada duit loan sikit ni la aku buat modal jual baju kat fb ngan offline. pahtu alang-alang ada bibik kat rumah.. sabtu aje aku pi bukak booth kat mana2 meniaga. penat jangan cakap la... tak cukup rehat dah. kenal pulak ngan makbed. sign up insuran untuk nuqmans. aku rasa tak selamat aje idup aku ni.

planning.

aku tak berenti kerja sebab aku nak Nuqmans dapat duit pencen bila aku takde. aku sign up insurans untuk diorang sebab apa2 jadi pada aku insurans diorang hidup sampai umo diorang 18. Insurans aku jugak aku amek sebab kalo aku mati aku pesan kat mak ngan adik, duit pampasan belikan rumah sebijik untuk 2 beradik tu. rumah kos rendah 2 bilik pon jadikla... insuran ade dah sampai umo 18. belanja bulan-bulan pencen ade dah. mintak family aku tengok-tengokkan ajela.

boleh aku plan macam tu??
hahahahah subur lagi niat aku sampai sekarang tau.. bezanya skang aku bagitau kat Ajim la... dia ngan Nuqmans pon alhamdulillah serasi. 
Allah bagi aku jumpa jodoh yang salah dulu untuk pengajaran dan pembelajaran.
nyesal tu tak la... kalo tak kawen dulu manela nak dapat Nuqmans yang ensem tu wei...

Berubah..

setahun lebih jugak aku susah... macam-macam aku buat... segala yang terdaya.
Allah aturkan memang cantik untuk aku..

aku ni nak ubat hati lara selalu kat opis bila free baca blog orang. 
aku kenal Makbed dari blog. dia jual insuran. tak kenal batang hidung tak kenal hati budi tetiba boleh sign up insuran ngan dia padahal dia dok Lumut masa tu. punyela jauh ejen aku. dari makbed punye penceritaan kat blog jugak aku tau pasal kopi nama HKCC ni.. pasal kopi tu kaler pepel aku minat. padahal aku tak minum kopi. ni sume makbed punye pasal. korang jangan kawan ngan die.. suka-suka aje mempengaruhi aku. hahahaha

Julai 2012 aku test kopi tu.. best la pulak... makbed kata try la jual. sebab dia tau aku suka meniaga dan tambah pendapatan. lagipon kalo jadi ejen bleh dapat murah. blehla aku minum free hari-hari. hahahah september 2012 aku sign up ejen putrajaya.

maka start tu aku sign up ejen... aku tak toleh lagi dah... mula-mula amek 10 box dalam 2 minggu dah abeh. amek sekaten sebulan abeh. dah sebulan jual baru aku kenal Haida ni. dia la yang bawak branding HKCC ni. masa tu pulak ada offer jadi stokis. aku nekad nak sign up. bergolok bergadai nak keluarkan masa tu modal 3k aje. nak grab stokis Putrajaya. duit buat loan aritu ada lagi.. aku gunakan jugak. barang dapat sekali 6 katen duit dah abeh sume ambik barang. tak ke panas bontot aku duduk lama-lama nak carik duit balik??
 
ha memang tiap2 minggu tak lekat rumah dah.. bukak booth. pantang ada peluang aku usung meja lipat ngan barang-barang sekali baju sume dalam bonet. masa tu aku still jual baju lagi. pantang ada peluang aje aku bukak booth. packing kopi trial pek jual kecik-kecik. nak jual kopi yang orang tak pernah dengar tak pernah kenal tak pernah jumpa dengan harga rm40 memang orang tak beli. aku jual la 4 peket rm10.  ada jugak aku lipat dalam flyers, 2 peket RM5. situ letak flyers ngan no fon aku...

alhamdulillah.. usaha menjadi.. dengan peket Rm5 ngan rm10 tu repeat customer sangat ramai.. thanks kat regular customer aku yang masih ada dari 2012 tu sampai sekarang ngan aku.. sayang korang...
aku kua modal jugak buat iklan kat bloger. bagi diorang sample. rasa sendiri then soh diorang cerita kat blog sambil bagi contact info aku.  bloger ni pengaruh kuat tau... dari bloger la aku kenal HKCC dan melalui bloger jugakla aku sebarkan HKCC.

alhamdulillah... 5 katen aku abeh dalam sebulan lebih.
gile tak percaya... tapi usaha.. itulah hasilnya. modal dapat balik kejap aje.

Bibik Lari

nak jadi cerita lepas 8 bulan bibik keje ngan aku dia lari. sebabnya, dia nak balik raya tak boleh,. aku manela tau.. bila tanya ejen dia kata jangan bagi balik takut tak datang-datang dah. maka aku cakap ngan bibik, takleh nak balik la sebab bibik xsmpai setahun pon lagi. dah merajuk orang tua tu lari tinggal Nuqmans berdua dalam rumah. bayangkan dia amek Adeeb balik sekolah pukul 12 terus kuncikan pintu semua bagi kunci kat Adeeb suruh duduk dalam rumah kejap bibik nak pergi belikan gula-gula. aku pulak balik pukul 6petang. 

rumah berterabur macam tongkang pecah afiq mengongoi lapar. Adeeb pulak baru 4 tahun lebih apa yang dia tau?  tapi aku syukurla dia tidokan Afiq dulu then pi amek Adeeb kat sekolah dulu baru lari. selalu pukul 12 tu memang time tidur Afiq. dalm pukul 1 lebih dekat2 pukul 2 baru Afiq bangun. nasib baik Adeeb pandai amek air kat dalam peti ais. pandai bukak balang biskut kat atas meja. ya Allah... dugaan betul.

terus aku cuti tanpa gaji 3 bulan sebab takde orang nak jaga Afiq sambil guna alasan nak berubat Afiq jugak.  

Income

aku ni taste tinggi. boros pon ade. dengan anak pulak nak beso.. anak orang ade tu.. aku nak anak aku pon rasa.. anak orang buat tu.. aku pon nak diorang buat jugak. dah macam tu kenala rajin cari duit.

alhamdulillah sangat-sangat.
sekarang boleh hulur duit kat mak.
boleh belikan anak macam-macam,
boleh bersedekah.

meniaga ni bagusnya.. tak payah tunggu gaji dah..
tak payah beratur pagi-pagi hari gaji pi cucuk duit.

cash sentiasa ada dalam tangan. ade aje orang beli kopi. kurang-kurang pon sekotak.. dapat RM40. selang sehari dua ada lagi orang beli. tak payah ikat perot sangat dah... aku bleh makan banyak..  sebab tu aku gemok skarang.. terlebih makan. hahahah

cuti 3 bulan adalah tanpa gaji. HKCC sepenuhnya sapot aku sepanjang 3 bulan tu.
sambil bisnes sambil jaga anak. tapi dah takleh bukak booth dah sebab takde orang jaga Nuqmans.

Jodoh

aku kenal Ajim masa mula-mula sign up stokis. lama dah fren kat fb tapi tak tegur sapa. kitorang 1 sekolah dulu. dia tegur aku pon sebab aku jual minyak itam kereta. ha jangan memain.. minyak itam pon aku jual tau. hahahahah  jadi kamceng ngan dia. dia sokong aku sebab tengok aku rajin meniaga. macam-macam aku jual.

Ajim tolong aku promot HKCC kat adik bradik dia. sebab dia dah test HKCC sedap. habis berjangkit kak ipar dia tolong jual kat sekolah. mak dia bawak pi ngaji promot kat kawan-kawan ngaji. hahahahahah.... luas market aku putrajaya sepang nilai. 

thanks kat Ajim banyak tolong aku.. skang dah jadi laki aku still sapot aku pasarkan HKCC.
aku handle order. dia tolong pos.

Haida Kamaruzaman

kopi banyak permintaan.. tapi aku banyak tanggungan. tak boleh nak relod banyak-banyak.
Haida pulak kenal aku dari makbed. tapi bleh percaya kat aku letak stok banyak-banyak kat rumah aku. dulu aku panggil dia kakak. umo dia setahun tua dari aku. dia ni banyak duit. tapi terlebih murah hati. pahtu blur. hahahah 

dah dia letak stok banyak.. aku pulak rimas tengok kopi tak surut-surut.. maka berganda lah usaha aku nak jual kopi. carik ejen. carik stokis.. kembangkan lagi market.

tak sangka 2 tahun dengan HKCC dah. Haida kata aku adelah Apprentice dia.
banyakla apprentice.. aku tau buat sales aje. lain tak tau sangat. dia slalu kena marah ngan aku pasal sales. hahahahah sape bos skang ntah??.. dari kakak.. saye.. akak.. saye.. skang aku..ko aje ngan dia.  pasal sales aku kira betul-betul. disiplin kena ade. Haida pulak hati jambu. kesian kat orang.. sedekah jela.. bagi ajela. oi ko nak meniaga ke nak main-main ni?? manjang aku sergah jela.
 
sebab darah aku ni darah bisnes kot. keturunan meniaga. Haida tengok aku bersungguh luaskan pasaran HKCC. dia tak promot pon aku tau.... aku la yang bukak booth.. aku la upah bloger... sambil-sambil tulih blog syok sendiri.  Haida nak pomot pon masa tu HKCC tak pemes lagi.. dia ramai kawan.. so target dia dengan kawan-kawan dulu. aku pulak orang susah, kawan ramai lari. takut aku nak pinjam duit kot. hahaha. kena la sales kat orang luar. marketing strategy tu penting.

Haida percaya dah kat aku bagi pegang stok. macam-macam dia tolong aku. banyak jasa dia kat aku ngan anak-anak. 

HKCC Team

kitorang ada HKCC team. diorang ni memang aku tak kenal.. sorang pon tak kenal. tapi borak macam dah tido sebantal. padahal dalam wassap aje. HKCC team ni.. tak jumpe dah kat mane pon.. ukhuwah subhanallah.....

Allah bagi aku rezeki jumpa kawan baik2 camni. sambil meniaga sambil ingatkan.. woi.. sedekah jgn lupe.. solat wei... pi layan laki dulu wei.. syurga tu... aku nak bersedekah kat sini.. jom la kita beramai-ramai.... ada budak susah.. jom kita doakan bersama... besok sapa puasa? jom puasa ramai2..  besok nak meniaga kat mane? aku doakan murah rezeki sok.. mintak2la ramai kastemer ko besok..
ha camtula kami.. banyak mengajak ke arah kebaikan... sentiasa doakan yang baik2 jugak biarpon masing-masing sengal ubi. *eh?

aku nak kawen pon diorang banyak tolong...
 syurga hendaknya tempat sahabat2 aku ni.. InshaAllah..

Sekarang

Alhamdulillah.. aku dah bukak company. bulan ni genap setahun la aku kawen ngan Ajim.. genap setahun sign up Nuqmans Biz.  sales semakin bertapak kukuh. ukhuwah jugak alhamdulillah.. ramai kawan2 serata Malaysia.

kalau dulu aku sukat duit gaji then meminjam pulak...

sekarang Allah bagi aku rezeki melalui HKCCproduct..

boleh masukkan Nuqmans kat tahfiz. tak payah nak berkira sangat skolah mahal ke murah lagi dah.
boleh tambah kereta lagi sebijik.
boleh lunaskan hutang bulanan.
boleh masuk duit dalam saving jugak.
boleh buat sedekah bulanan ikut amaun Allah aje yang tau.
sebab aku yakin,. dalam rezeki aku ada rezeki orang lain jugak.

aku dah lama tak rujuk kalendar gaji gomen.
tak tau masa bila gaji. raya dah boleh bagi mak duit raya baju raya..
tiap-tiap bulan boleh beli baju Nuqmans.
teringin nak makan apa-apa boleh pi carik. isi minyak pon skang full tank.

syukur Alhamdulillah...
pelangi indah itu hadir juga dalam hidup aku.
aku percaya pada Qada dan Qadar Allah.

income HKCC 5 kali gaji basic aku kat goverment.
 kadang-kadang lebih..

aku cerita bukan sebab nak berlagak. ianya aku cerita untuk orang yang pernah susah dan pernah jatuh macam aku. 
betul... duit boleh menjadi segalanya.. tapi percayalah... takkan berubah nasib kita kalau kita sendiri tak usaha. 

aku sekarang belum cukup senang.. ada hutang yang masih aku settlekan. ada kira-kira yang belom complete. tapi Alhamdulillah, ia merubah hidup aku 100%.

dari segi ekonomi
dari segi hubungan dengan Allah, kekeluargaan dan masyarakat.

yang penting usaha dan Redha. lupakan takuk lama yang buat korang terjatuh tu... bangkit dan usaha lagi. tak perlu berlari laju, jalan slow2 bahkan mengengsot pon takpe. jangan putus asa. asalkan ada perubahan yang lebih baik.

dugaan akan sentiasa ada. time tu la kena bayar tu.. kena bayar ni.. perlu repair itu.. repair ini..  janganlah mengeluh.

Allah kan ada.. jangan lupa!


apa tu HKCC??
ni lah dia.

***HKCC the Crazy Coffee****

yang nak iktiar Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah, rezeki Allah siapa tahu..

RM150 trial set untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.



salah satu contoh kehamilan yang Allah izinkan..



boleh whatsapp / telegram ya!





peluang bisnes...

sape nak belajar bisnes kecil-kecilan boleh pm aku jugak.. inshaAllah aku sharekan apa yang aku mampu.

*peace*






PCOS dan HKCC. Apa kaitannya???

$
0
0




Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Polycystic ovarian syndrome atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.



Info PCOS:

■Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
■Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
■Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
■Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
■PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
■Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
■Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
■Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

 ■Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
■Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
■Polycystic Ovari
■Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

■PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.



RAWATAN DIPERLUKAN
1. meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. 
2. membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

■PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
■Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur

SUMBER DARI GOOGLE

Herba Dalam HKCC



Bagaimana HKCC Merawat PCOS??


Herba yang ada dalam HKCC yang bersifat phytoestrogen macam kacip fatimah dan manjakani adalah sangat penting di dalam membantu seimbangkan hormon individu. Ianya InshaAllah membantu dari segi menstabil dan melancarkan period seseorang.

kesan hormon yang stabil juga membantu pengurangan berat badan di mana sesetengah orang mengalami kegemukan disebabkan faktor hormon juga. InshaAllah bila hormon regular, selera individu juga menjadi regular. berat badan akan turun menjadikan berat badan ideal mengikut individu.

Phytoestrogen juga adalah sangat penting untuk membantu kesuburan.  herba-herba tersebut membantu merembeskan hormon estrogen sekaligus membantu mewujudkan kesuburan secara semulajadi.

Kesuburan secara semulajadi adalah sangat baik berbanding terpaksa mengamalkan ubat-ubatan seperti clomid / vitex dan lain-lain. 
selain dari tak perlu telan pahit-pahit... minum HKCC yang sedap ni pon InshaAllah membantu seimbangkan hormon individu selain meningkatkan peluang untuk hamil.


Antara testimoni mereka yang berjaya dengan izin-Nya. Alhamdulillah..





apa tu HKCC??
ini lah dia.

***HKCC the Crazy Coffee****

yang nak iktiar Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah, rezeki Allah siapa tahu..

RM150 trial set untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.



salah satu contoh kehamilan yang Allah izinkan..



boleh whatsapp / telegram ya!



peluang bisnes...

sape nak belajar bisnes kecil-kecilan boleh pm jugak.. inshaAllah aku sharekan apa yang termampu.

*peace*


PIIACUF - Putrajaya International Islamic Arts & Cultural Festival 2014

$
0
0
korang dah pegi PIIACUF??

macam2 program ade. 
yang paling best tentulah ada info perkembangan Islam,

kalau nak tau aktiviti terkini boleh folo page Perbadanan Putrajaya atau folo hashtag Piiacuf ni

https://www.facebook.com/hashtag/piiacuf

Aku pegi sabtu lepas dengan mak ngan adik Ajim sekali pergi.
tunggu Nuqmans bangun tidur lepas asar siap2 pergi sane.
sebab kompem lama.. kita bawak telekung siap2 nak maghrib kat Masjid Besi aje.

 masuk bangunan pertama sebelah Maynbank Presint 3 tu banyak gak ada pameran, aktiviti, jualan suma best.

aku snap mane yang sempat aje sebab nak control Nuqmans lagi.. nak cuci mata lagi..

ni antara info penting yang kita kena tahu...
buku2 berkaitan agama yang diluluskan dengan tak lulus.

 Al Quran pon ada yang tak lulus ya.. baru aku tau.
selama ni ingat suma buku agama betul dah.
kitab kemain tebal kita bukan semak sangat time beli. bila balik baru tengok.

yu alat MP3 bagai tu.. ada bacaan Quran jugak. tapi cara bacaannya ada yang salah. maka tak diluluskan. hat ni risau ni.. takut kita yang jahil ni main beli dengar hafaz rupanya selama ni salah bacaan. ni kes orang-orang dah takmo jumpe ustaz / ustazah la ni... nak menghafaz sendiri kununnya.


tanya macam mana nak tau yang lulus dengan tak??
so encik tu bagi info.


cara mudahnya...
semua buku yang diluluskan ada cop KDN macam kat bawah ni.

maknanya telah disemak dan diluluskan.
termasuk Al-quran sekali tau... kang tersalah beli bacaan jadi lain.. banyak silapnye pulak.
 

jalan depan sikit ada booth makanan Iran.
perghhh bau kemain wangi.
macam-macam jenis makanan iran ada jual.


sebelum masuk dewan ada khidmat tulis khat.
best nii... buat nama kami berempat ngan blanje Mak 1.
total 5 nama Rm20.
murah kan???

1 nama Rm4 aje. balik boleh laminate

jom masuk dewan!
opss.. free of charge ye...
ilmu free ni.. datang la tengok.


sini ada pameran tentang masjid Al-Aqsa, usaha2 menjaganya dan info2 berharga.
pahtu dipamerkan arca seni jugak.



cantik tak?? besi yang digumpal dari huruf2 jawi membentuk ayat.

adik ipar tolong snap gambar.
tengok muka tension Afiq tu nak turun tak dapat.
oh tidakk kemain banyak barang2 berharga kat sini.. aku tak berani amek risiko..
nanges aku kena gadai bodi bayar gantirugi kang.



bu, kak... kak.... *tunjuk tali soh bukak*




bahagian ke 2 adalah tempat artifak2 berharga
semua ada ukiran2 dan ayat Quran.


ni bahagian ke 3.
banyak keris dalam ni.. aku snap 1-2 ajela. banyak jugak barang-barang lain seramic la pinggan la.. ada yang digunakan untuk perubatan ada yang buat hiasan.





keris zaman dulu bukan calang-calang..
besinya ditempa dengan besi terbaik. then diukir pulak dengan ayat2 quran.


ayat pulak bukan calang-calang.
sebab tu dulu ahli silat memang sangat-sangat dihormati dan ilmu kebatinan tinggi. berdamping rapat dengan agama. 





dalam-dalam bekas tu sume keris-keris.
zaman sekarang keris banyak besi kosong aje. orang salah guna ilmu silat, bunuh orang. menurun bagai..
no no nooooo

aku suka gambar ni...
simbolik


masjid kristal terengganu


Masjid dekat China
 ni kat Pakistan
  ni kat Rusia

kincir air terengganu


lepas keluar dewan dah dengar azan maghrib..
huih.. dah abeh 2 jam baru round 1st floor. kebetulan belakang dewan ada toilet ngan surau. aku ajak solat situ aje. tak larat menapak pi masjid besi kat belakang nuuu pahtu datang balik dewan ni sebab tingkat 2 tak round lagi. diorang pon ok.. kita solat sini aje.

lepas maghrib naik atas pulak tengok ada pameran fesyen islamic. 
tapi diorang tengah rehat maghrib.

sini korang nak beli teros pon ade jual jugak.
fesyen dari pelbagai negara



disebabkan waktu rehat, dewan kosong. so kita tengok-tengok aje pahtu nak keluar nampak Imad. tapi tak dan nak kejo.
Ajim suka tengok Imad. nak snap gamba ngan dia.

kat luar ni ada Alquran tulis tangan yang sangat lama beso plak tu..

mentua aku kan ustazah..
maka ustazah tanya anak-anak bleh baca tak??
ha masing-masing baca la... ni kitab lama takde tanda macam kita blaja sekarang tau.

berterima kasih kita pada ulama-ulama yang membuat tanda bacaan pada al-quran supaya memudahkan kita mengeja dan membaca.

mak teror la pandai baca kitab lama.

rezeki Ajim dapat terserempak ngan Imad dalam lift.
tros snap gamba biarpon gelap. hahaha

amoboih Imad.. lawanye kulit diaaa....
kalah kulit aku.

dah habis 1 dewan jo keluar pi makan.

kat lorong tengah perbadanan menghala ke Masjid besi tu banyak booth makanan.
macam-macam adooooo

aku pilih sate la...

satay in cup.. 10cucuk Rm7 aje. rasa pon not bad.
so bagi aku takla mahal.

sebelah dia ada air.  depan tu ada kerusi meja.
maka kita lepak makan sini terus.

lepas makan kitorang balik sebab dah pukul 9.
Afiq dah start buat perangai nak tido. aku ngan mak dah lenguh.
tak masuk pon dewan ke 2 tu.
siti ada jualan buku-buku islamis terbesar. banyak sales jugak.

selama ni tengok hat laghaa aje.. mehla datang bli buku pasal agama pulakkkk...

aku bajet nak pegi wiken ni pulak...

korang yang free minggu ni meh datang meh!


Positip!!!

$
0
0
Jadi parents memang selalu fikir pasal anak.
mana ada mak bapak yang lepas ada anak terus tak kesah anak nak jadi ape. tak kesah apa berlaku pada anak.. tak kesah ape perkembangan anak. tu tandanya parents tu mental. hahahhaa

arini kopipes status fren kat FB. 
positif side perlu ada untuk kita sebagai parents mendoakan yang baik-baik untuk anak.

point no 3 tu buat aku sejuk ati sikit lantas meng 'amin' kan stetment tersebut semoga besar nanti Adeeb jadi pendakwah. korang tau macam mana dia punya bertanya bertanya.. bercakap.. bercerita.. sampaikan duduk sorang pon cerita dia buat boleh complete. tanpa kawan okeh! hahaha

Afiq pulak macam kena kat point no 6 ngan 7.
tapi no 7 tu aku tak rasa aku sibuk dan abaikan dia. cuma dia ni punya bahasa German memang tahap tertinggi. maka ku aminkan hat no 6 semoga Afiq  suka beramal baik.. InshaAllah...

jom kita aminkan yang baik2 untuk anak kita setiap hari...
kalau tak dapat sikit, mintak2 banyak la yang lekat kat anak kita 
tak gitu??

1.Jika anak manja jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..
2.Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..
3.Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..
4.Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...
5.Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..
6.Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..
7.Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.
8.Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..
9.Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..
10.Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.
11.Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...
12.Anak gila artis dan gamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..
13.Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...
14.Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

-Ebit Lew-

cepatnyela budak 2 orang ni beso...
tahun depan Adeeb dah darjah 1.
Aiq masuk pre school tahfiz.

InshaAllah...


rindu moment budak debab







HKCC dan Menstrual Problem

$
0
0




Kenapa HKCC lain dr produk lain yg bergelar Collagen?

Mengapa product berasaskan Collagen TIDAK BOLEH diambil semasa menstrual cycle sedangkan HKCC menggalakkan pula dengan rundingan ringkas??

'HKcc tiada pantang larang kerana ia hanya minuman seharian biasa berasaskan Herba terpilih bukan ubat MENGANDUNG atau ubat KURUS. Ia berfungsi utk menstabilkan hormon badan si pengamal. Ia mungkin membantu berat badan ideal serta kesuburan juga manfaat lain.


penjelasan mengapa HKcc menggalakkan pengambilan semasa proses menstrual

Kacip fatimah adalah bersifat phytoestrogen
Ia merangsang pengeluaran hormon yg dpt melancarkan perjalanan dan me regular kan kitaran haid wanita
Ia juga membantu me'relax'kan otot dan cramps sakit senggugut ketika haid.
Anti dysmenorrhoea = anti kesakitan haid

kebaikan kacip fatimah

Kacip fatimah ada kesan aphrodisiac. Remedi semulajadi yg disarankan utk menambah keseksualan
Phytoestrogen = sebatian yg mpunyai struktur kimia yg sama dgn estrogen

Oleh itu gejala2 masalah haid dan menopaus bole di atasi.
InshaAllah...

Pakej produk yang disyorkan untuk perbaiki hormon wanita.

Testimoni yang berkesan untuk masalah period dan hormon dengan izin Nya






nak dapatkan HKCC Produk??

Whatsapp / telegram 
016-6603741


Upin Ipin & Fia Formula E.

$
0
0
patutnye besok Adeeb sunat. aku nak masukkan dalam Khatan perdana kat Masjid Besi.
tapi bila nak pi register n bayar yuran org masjid kata dah penoh.
padahal aku kol sebelom tu ade kosong..

takpela.. xde rezki. iskkk

ni tengahari tadi...
sape2 yang tak tau.. 21 - 23hb ni ada karnival Upin Ipin kat PICC.
kemain sume mak bapak nak bawak anak datang sini. tak menahan..
dah nama pon depan rumah.. hari2 lalu.. mestila si bujang ni tau jugak..

tadi Lunch kat PICC. singgah jap snap gambar aje. dewan aku tak masok pon.

syarat wajib.. makan dulu..
amboii terus makan bertambah.

ok jom amek gambar.













lepas snap pic kita balik.
Adeeb pow eskrem koneto upin ipin Rm2.
huhuhuuuu
sape nak pegi silalah pegi.. pembukaan cuti sekolah ni...


ni pon aktiviti besok ada Fia Formula E kat Presint 2.
tiket paling murah RM50.
tapi hat ni takde seat rasenye.. jalan2 dalam tu jela.

aku dapat free. hehehe
alhamdulillah...

tapi aku tak pi kot...
bagi Ajim aje.. peberet dia neh.

agak2 boring minggu ni kita pi ronda jap dalam PICC.
takde barang upin ipin yee.... eskrem aje buleh!!

Haippp!!!!

Fish & Co @ IOI City Mall

$
0
0

ahad lepas pepagi pukul 9 dah pegi PICC.
biarpon depan rumah kena pi awal sebab kompem jem.
huihh dahla pukul 9 start... pukul 9 tu dah jem. gileee

penangan upin ipin punye pasal la ni...
tapi aku pegi sebab adik cakap dalam dewan tu ada booth baju sekolah canggih.
alahai.. apesal ari jumaat aritu aku tak masuk?
isk..

sekali pagi tu amek kau.. kepmain la padat manusia dalam dewan tu. pahtu masing-masing takmo bergerak. so memang takde peluang aku nak jengah booth canggih tu.
takpela.. marila kita keluar sebelum aku sesak napas.

kat luar dewan ada lagi motor kecik ni.. aritu Afiq takde.. mehla amek gamba afiq jap.
adehla orang ramai kat keliling.. teros lembik die..
eiii gorammm


ni la satu2nya gambar yang pandang camera.

Adeeb pulak buat muka toya sebab kat belakang tu ada mainan lampu2. dia nak.. aku tak bagi.
tu tengah cembeng tahan nangis la tu..
geramnyee... 

dah jom balik...
aku blanje popcorn sorang satu aje.
hoi itu pon rm5 secawan.
popcorn letak dadah ke ape??

Ajim boring baru keluar rumah dah nak balik. 
ok la jom pi IOI city mall sebab dia baru bukak. kita tengok ape ada.
ha kat IOI tu ada tempat main Ice Skating.
sape nak bleh la pegi.  aku lupe nak snap gambar sebabnye aku dah kebulur.

ajim ngan budak2 sebok tengok orang ber ice skating. aku carik tempat makan.
food junction tak bukak lagi. alahaiii

pi tingkat 1 jumpa Fish & Co.
tengok2 menu dia lebih kurang ngan Manhattan Fish Market.
ha masuk jela... aku dah menggigil.



budak-budak dapat set fail ni.
dalam ada crown ikan ngan activity sheet.
so budak2 dok diam la...
tapi tak bagi pensel. appara...

ko tengok dia hidang cutleries??
kalo tetiba ade penjahat senang nak tikam sambil lalu.

crown fish si kecik ni awal2 dah koyak






nasib baik ibu ade bawak pen.
khusyuk dia buat sambung2 nombor dengan cari beza gambar.

kedai ni kecik aje.
agak sempit.
stroller pon kena letak luar



ini kids meal.
bleh pulak nugget over garing. ades sedap lagi cekodok aku buat.
ilang rasa nugget dah.


okeh...  set ni sume ado.. yang tak sedapnye adalah ikan dia nipis kecik dan tawar.
nasik pon kureng.. sebab macam ala-ala pulut dah aku rasa.
ke dia nak buat nasi minyak tak jadi?


tapi tengah lapar sume bedal. nasi kena tambah sebab tak cukup.
lauk memang melambak la..

melambak-lambak pon aku ode gak sotong goreng tepung die.
ok yang ni sodap...
banyakk. so asingkan sikit sekali fries ngan nugget nak tapau.

budak banyak songeh ni bagi pegang pen ngan kertas dia diamla kejap.
suap nasik banyak2 pon dia tak sedar. hahaha


sedap tak makan kat sini??
selera aku sedap lagi manhattan kot...
harga pon mahal manhattan dalam 4-5 hengget aje.

tak lama pahtu adik aku datang join kitorang merayau.
sekejap je kat IOI ni..
 takde ape nak beli.

tapi ajim ngan Mie (laki adik) share beli selipar dr Cardin sebab buy 1 free 1.
seb baik selipa pompuan takde offer..

tu jela.. 
sok aku kursus lagi 2 hari.
yihaaaa boleh balik awal.
lalalalaaaa...



Parents & Baby Expo @ PICC

$
0
0
minggu ni ade expo barang ibu dan anak pulak dahhh...
saje gatal pegi tadi.

abeh duit aku. hahahaha


eh jumpe beg skolah Adeeb. siap beroda dan beso plak tu.. RM29 aje.
murahhh
tapi gambar ninja turtle pulak.. ah tibai jela...
adeeb tak pakai pon bleh buat beg ngaji Afiq.

baju tido budak2 banyaaakkkkk sangat...
sampai ada tempat tu semua baju RM10.
hoiiiiii
gile nehhh


ada alas tempat tido tu.. sekeping rm22. beli 2 jadi 40.
memang aku bli khas untuk Afiq.
tido manjang bocor aje.
berape kali ntah aku bangun tengah malam tukar cadar.
ha skang tuka alas aje. pahtu yang tu bleh sidai. sekejap je bleh kering.
bagus benda tu.. atas kain cotton. bawah plastik nipis. tak panas langsung.

nak toilet train anak???
ha ade yang letak atas jamban tu. muat2 bontot baby. RM20 aje.  ada holder kiri kanan. biar anak tu kompiden time berak tak jatuh. hahahaaa

ape lagi aku bli tadi ha??

malam kang nak repeat lagi la...
tadi sebab dah abeh rehat.
pahtu jalan ngan Adeeb lak tu.. takleh merayau sangat mane nak membelek nak tengok Adeeb lagi.  risau la kang tetiba kena buat announcement ade orang ilang Anak.

malam kang nak soh Ajim balik Awal la.. biar aku pi sorang2.
hahahahaahaahahaha
kua tanduk aku..

aihh ni la susahnye rumah depan PICC neh..




Konvokesyen Tabika Kemas Presint 5

$
0
0

advance sekarang tabika kemas pon ada konvo.
dulu aku kecik2 takde pon konvo2 ni... kemain teringin pakai baju jubah ngan topi tu.
tapi bila time amek sijil gambar tah kemane aku humban ntah.
then bila Diploma aku malas nak g konvo. lepas sebulan konvo baru aku g amek kat pejabat pentadbiran. hahahahhahaa

tabika Adeeb pon tak terkecuali berkonvo ni.
Majlis Konvo bulan lepas.. hari Sabtu pagi. berapa haribulan aku tak ingat pulak.

macam biase, aku memang rajin snap gambar lepastu peram dalam henpon.bila memory dah berat baru tengok satu2.  sebelum buang meh kita save kat sini.

sanggeh konvo diorang. sewa dewan kat Kementerian Pelancongan. tapi apesal ntah panas.
ramai yang berkipas. ni masing2 menunggu sebab anak je niii...

pukul 8.30 dah masuk dewan, dekat pukul 10 baru nak start. hangin aje aku.
alahai YB.. janganla pakai janji melayu tu lagi.. silalah tepati masa.
buruk betul janji melayu ni laaa...


aku memang bawak bekal siap2. biskut, roti, vitagen. 
nak bagi hero sorang ni bertapa baik2 atas kerusi.
patutnya Ajim kerja arini tapi last menet dia mintak cuti kat bos.. dia cakap nak joinla tengok Adeeb konvo.
tenkiu sayam...

memang nasib baik Ajim ade la.. kalo x memang Adeeb konvo sorang-sorang aje jawabnya, aku kena balik dulu melayan kerenah dia ni.


sebelum konvo start kat luar dewan ada bukak booth ASB, ada booth SSPN.
ok jom daftar SSPN untuk Nuqmans memandangkan kita lom bukak akaun lagi.

letak deposit RM100 dapat beg sekolah, dapat tabung, dapat Pen.

hulubalang dah start nak bertantrum..
sebab kiri kanan kena kepit ngan ibu ayah.. dia duduk kat lantai.
tabung tu dia lambung2 bergolek2 sampai kerusi depan.
bila aku larang dia cubit kaki aku. sabooo jelahhhh

lama2 dah tak tahan dia start buat perangai bukan2 ajim bawak dia keluar dewan.
masa ni persembahan pon baruuuu aje start...
bukan afiq sorang aje... budak2 lain pon dah panas punggung dah. mak bapak apetah lagi.

lepas ucapan perasmian..
lepas persembahan..
barulah start konvonye.. tu pon dah pukul 11 dah.
banyak tabika kemas serata Putrajaya ni.
tabika Adeeb 2nd last dalam list. bertabah ajela menunggu.

sejuk ati ibu tengok anak pakai ensem2 camni..
semoga jadi pemangkin kejayaan masa depan ye Adeeb.


come tak saye???


debaran nak naik pentas

boleh snap dari tepi aje..
kemain ramai mak bapak duduk depan stage nak snap gambar.

alahai cinonet aje anak aku atas tu. huhuhhh
 

sejambak bunga sekalung tahniah.
3 tahun kat tabika kemas. naik boring dah dia.
tahun depan darjah 1 ye sayang...


 

i love you my Muhammad Adeeb Nuqman,
semoga Allah permudahkan urusan adeeb untuk capai cita2 bila besar nanti.
ibu doakan Adeeb jadi pejuang agama.. jadi seorang hafiz...
amin...

tu je gambar yang ade.
bila keluar dewan konon nak snap gambar berempat.
idoklewww....
Afiq dah berdrama dah...

yela.. pukul 12 lebih..
masa tido dia.. 
teros balik rumah

ZZzzzzz...





Jamun akhir tahun.

$
0
0

Arini nak cerita ape??
hahahahaha

kongajaq aje kan? bajet korang tunggu la sangat..
ada 1 lagi folder gambar tak share... gambar masa jamuan tabika Adeeb awal bulan 11 aritu.

sebelum masuk 2015 baik aku share sekarang. hahahahhaha

setiap hujung tahun tabika Adeeb akan buat makan2 jamuan akhir tahun sekali dengan mak bapak datang amek report book anak masing-masing.
selalunya tabika akan buat 1 menu je.. yang lain akan ada pot luck dari makpak...
menu tradisi kat tabika ni Nasi Ayam ngan air jela... budak pon kenyang.. ade sup ade sayur sume siap.

tapi kalau adeeb makan memang tinggal nasi ayam ngan kuah. sayur dia tak amek.
time mood baik aku layankan aje.. time datang mood maktiri aku, sayur pon wajib abeh!!

korang tengok pot luck diorang..
ni baru bahagian desert..
kek aje 3 bijik.. cup cake lagi... 

ha tengok...
kuih sebeban.. nasik goreng.. mee goreng.. rendang, pulut kuning, spaghetti, kuih muih...
hamboiiiii...

jamuan raya tahun depan aku nak wat pot luck la... sape datang kena bawak makanan.

bleh?


ha amek...
makanan aje penuh 2 meja.



aku mestila pilih yang jarang jumpe..
huwaaa tengok gambar terliur balik..


bagus jugak aktiviti ni.. sebab yang anta anak-anak kat situ dikalangan penduduk komuniti kuarters aku tu jugak. kalau lama duduk situ inshaAllah kita saling kenal anak ngan mak bapak sekali. so aku tau la Adeeb kawan dengan sape.. sape parentsnye.. duduk mane...

tapi kelemahan aku adelah...
aku tak cam orang dan cepat ilang ingatan.
huwaaaa.....

tengok muka kenal la jugak. nak ingat nama.. memag bukan aku la tu. hahahaha

meriah taska Adeeb neh..
  
   
setiap hujung tahun mesti cikgu bagi something...
tahun lepas ngan tahun ni dapat beg sekolah.

kan setiap bulan bayar yuran RM30 sorang..
duit tu adelah duit makan, duit buat aktiviti ke ape-ape..
tahun ni duit lebih dapat beg ngan goodies bag.

pompuan sumeeeee pink..
macam nak pitam nengok pink.
nasib baik lelaki dapat ijau.
 

bangga dapat beg ben 10. terus tukar... 
beg merah itam belah kanan tu beg spiderman dapat tahun lepas.
terus diketepikan.

habis acara bagi2 hadiah boleh makan-makan sambil parents ikut turn jumpa cikgu tanya prestasi anak-anak.

kalau bulan jun dapat B, hujung tahun ni banyak perkara Adeeb dapat A.
alhamdulillah... perkembangan positif.

cikgu puji Adeeb bagus dan laju bila subjek agama.
perkembangan ketara sangat lepas anta gi tahfiz tu.
syukur alhamdulaillah.. Allah permudahkan adeeb timba ilmu.

aku risau adeeb tak reti membaca. kat rumah aku soh baca dia kata tak reti.
cikgu cakap eh boleh je baca. selalu suruh boleh je.

ooo blaon depan aku ye...
balik tu aku bagi buku soh dia baca 1 perenggan.
dia tersipu-sipu kata ibu baca la.. adeeeb tak reti...

tak kira,, baca jugak.. kena ngan ibu kang....

aku dah buat garang elok pulak dia eja2 pahtu baca...
takdela lancar sangat tapi bila boleh membaca tu bagi aku alhamdulillah..
aku risau dia tertinggal time darjah 1 nanti.

lega.....

lepas tu baru la aku ada nampak dia baca buku ke komik ke... sambil dia baca aku pasang telinga dengar tapi buat2 tengok tv.
pelik anak bujang aku sorang ni... ngan ibu pon nak malu... kat sekolah dialah hero.

terima kasih kat cikgu Khaty ngan Cikgu Zai dari tabika KEMAS bunga Kenanga banyak berjasa mengajar adeeb selama 3 tahun,
semoga cikgu diberkati hidup dunia dan akhirat.. mintak halal yang terlebih dan terkurang e cikgu...
semoga dipermudahkan segala urusan cikgu.
inshaAllah...


**ye 3 tahun sebab Adeeb masuk tabika tu dari umur dia 4 tahun.

minggu depannye aku buat sambut besday Adeeb pulak kat tabika. ingat nak buat sekali ngan jamuan ni.. tapi cikgu cakap tak payah nanti terlebih makanan. ha memang betul.. masa jamuan aje 3 biji kek nak perabeh.
gambar nanti free aku share ye.



Pemakanan yang baik2

$
0
0



MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


setakat ni aku makan
-kurma 3 biji sehari kadang-kadang 5 biji.
-anggur seminggu sekali @ 2 kali. beli 1 kg sekali hadap anak beranak. peberet nuqmans nih.
- susu - setiap pagi minum Susu Kambing Bee Pollen.
- minyak zaitun aku tak makan tapi sapu pada badan. pahni nak try la makan 1 hari 1 sudu.
 - Air memang sehari berbotol-botol tapi tengah prektis minum cara Rasulullah s.a.w minum seteguk berhenti.. seteguk berhenti..


jarang dan tak penah makan pon ade jugak
* Barli kalo ajim ode kat kedai aku ratah sikit isinya. 
* Buah tin susah nak dapat. ni kene ubah ni sebab aku kureng suka makan. sebab dia takde rasa ape. tawar. huhu
 *Madu kat rumah ada.. ajim makan, selalunya dia share ngan Afiq. tapi aku tak makan. apesai ntah.. tak minat.
* tembikai memang best... aku tak beli sebagai rutin kat rumah. tapi kalo ada yang jual buah potong aku beli letak asam. sodap. ni pon peberet Nuqmans tapi tak larat nak layan. mesti terkencing-kencing sampaikan malam tilam lencun kencing bocor
* cendawan pon peberet jugak tapi tak beli. kalo makan kat kedai ade letak cendawan sure licin.
* Delima ni satu lagi apesal ntah sampai sekarang aku tak penah makan. huhuhhhh

nak jadi perfect tu susah...
tapi kita cuba perbaiki sikit-sikit..
InshaAllah.. lama2 sok jadi la habbit..

Redha

$
0
0

tadi baca post kak Diana kat blog dia pasal masalah.
betoi apa yang dia cakap tu.
Allah tak bagi apa yang kita nak.. Dia bagi apa yang Dia tau baik untuk kita.

pasal masalah dalam hidup. aku pernah diduga dengan rumah tangga.
perkahwinan yang dimulakan dengan cinta inshaAllah nak juga dikekalkan sampai ke mati. tapi sapalah kita yang tentukan jodoh pertemuan ajal dan maut ni.

masa dilanda masalah dulu aku memang terumbang ambing. tapi orang tengok aku tenang. boleh buat lawak. boleh pergi kerja macam biasa. 
semua cakap.... "eh kalau aku jadi ko, tak taula hidup aku macam mana.."

betul.. aku tengok orang lain yang nyawa anaknya Allah tarik... "kalau aku yang hadap.. tak taulah macam mana"..
perasaan macamtu semua da.. takut nak hadapi. kalau boleh nak bahagia selalu.. takde masalah. tapi masalah ni ujian Allah buat kita. yakinlah pada Qada dan Qadar Allah...
Dia yang menemukan kita.. yang menjodohkan kita,.. yang memisahkan juga adalah Dia.

masa masalah tu jadi, dalam otak dok fikir, kenapa rumah tangga aku? kenapa aku dan dia? kenapa aku dan anak-anak yan hadap benda ni. aku tak menyesal, tapi soalan tu berlegar... mencari punca dan menimbang susun atur hidup aku selama ni. ape yang salah, apa yang tak kena, apa dosa aku sampai Allah bagi aku hadap semua ni??

itu masa semua tu jadi.
tapi aku ni Alhamdulillah, otak positif jugak.
takpela.. dah takde jodoh.. takpela.. sok2 bahagialah aku... takpelah.. mungkin aku lagi senang kalau dia takde.. takpelah.. aku ngan anak2 boleh bahagia jugak takde dia pon.

hari berlalu bulan berganti..
gelap mendung pon berganti terang cerah.. 

kalau dulu aku persoalkan kenapa aku?
sekarang aku bersyukur Allah jadikan semua tu kat aku.
Allah jadikan hidup aku lebih baik.. lebih tenang, lebih bahagia.

kalau dulu tangisan rintihan..
sekarang doa kebahagiaan... "ya Allah, terima kasih atas hadiah yang kau berikan buat aku dan keluarga.."
dengar khabar ex aku pon dah kawen lain dan bahagia.
syukur alhamdulillah.. kami tak ditakdirkan bersama... 
kami ditakdirkan memiliki 2 orang anak bersama dan temui kebahagiaan dengan pasangan yang berlainan.

rahmat untuk Nuqmans dapat 2 orang ibu 2 orang ayah.
cuma "ibu ngan ayah" sane tu nanti dah besar biar diorang cari sendiri..
aku tak pernah sembunyikan sape ayah diorang.

bila hadapi masalah ni, memang kita gundah gulana.
tapi redha lah...
yang lebih baik menanti di hadapan. kita tak tau.
rezeki, ajal maut, jodoh, pertemuan dan perpisahan semua dengan izin Allah..
kita hanya merancang.

bila hadapi masalah.. redhalah.. hadapi dengan positif, doa dan merintih banyak2 dengan Allah.
Dia lebih tahu...

Wallahualam....




Kesilapan Ibu Bapa

$
0
0
ni aku simpan sini sebab nak buat rujukan untuk diri sendiri jugak.
anak dah nak masuk 6 tahun dah.. banyak lagi yang aku belum belajar.

umur anak 20 tahun pon kita masih kena belajar.
zaman anak-anak sekarang semuanya mencabar..
yang penting sekali agamanya.
InshaAllah.. mana pergi pun asas di hati jadi pedoman.

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar
.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
like dan share utk rakan2..

Kalendar HKCC 2015

$
0
0

Nak Kalendar 2015 bersama KIRAAN HARI SUBUR anda?

Beli HKCCPRODUCT dari kami..

insyaallah kami berikan sebagai SAGUHATI
+FREE Voucher rm2*selagi stok masih ada



Setiap pembelian mulai HARI INI akan dapat :

*1 keping DESK CALENDAR. 
*Pembelian set akan dapat WALL islamic calendar.
*Pembelian set sebulan dapat DESK & WALL CALENDAR tambahan 3keping voucher x RM2.


sape nakk??

Whatsapp/telegram 016-660 3741






Viewing all 425 articles
Browse latest View live